JUN 2022

Songket Sarawak Miliki Nilai Ekonomi


KUCHING: Songket Sarawak jika ditambah nilai dan dikembangkan rantaian nilainya boleh menjadi barangan global dengan harga lebih tinggi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kerajaan memberi peluang kepada penenun songket sebagai sebahagian daripada proses itu untuk mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Jika Sarawak mampu menjayakannya, songket tidak lagi menjadi ‘barangan kampung’ tetapi barangan global, katanya berucap pada majlis Anugerah  Komuniti dan Kemanusian Warisan Budaya Sukar Diukurkan (ICH) di sini.

Beliau berkaya, sebagai misalan ‘Kimchi’ dari Korea yang berasal di kampung kini menjadi barangan peringkat global serta mendapat permintaan.

Abang Johair yakin suatu hari nanti songket akan mencapai taraf itu jika Sarawak fokus untuk membangunkan songket sebagai produk global.

ICH, katanya, bukan setakat berkaitan dengan memelihara kekayaan warisan dan diiktiraf pada peringkat global tetapi juga untuk membolehkan masyarakat mewujud peluang ekonomi daripada kekayaan warisan itu.

“Dengan memelihara dan mempunyai nilai ekonomi, kita dapat memastikan kesinambungan dan kelestarian ICH dari generasi ke generasi,” tegas beliau.

Industri kreatif, katanya, boleh memberi sumbangan kepada kelestarian songket dengan ciri-ciri inovasi dan motif rekaannya secara digital.

Sarawak bertuah kerana diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi anugerah itu buat pertama kali dengan matlamat menggalakkan mereka yang terlibat dalam membangunkan Warisan Budaya Sukar Diukurkan seperti kain songket Sarawak.

Justeru, Abang Johari yakin ICH memain bahagian penting dalam memelihara pelbagai kebudayaan terutama dalam era perkembangan global.

Seni menenun songket yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Sukar Diukurkan bukan hanya berkaitan dengan kepentingan sosial tetapi juga mempunyai nilai ekonomi terutama dalam memajukan industri pelancongan.

GAMBAR:JAPEN

Sumber dari : Jiwa Bakti